Cuti sekolah disember yang panjang ni kita bawak anak-anak berjalan lebih sikit kali ni.Sebenarnya nak bagi reward jugak untuk kakak yang dah pandai membaca.Selalu kalau nak bagi dia semangat untuk belajar membaca,aku akan sentiasa tunjukkan tempat-tempat menarik kat dia dan bagitahu dia,kalau kakak pandai baca nanti mummy bawak gi kat sini.So lama-lama dia jadi semangat nak pergi dan automatik dia akan semangat nak belajar dan terus belajar dengan sendirinya tanpa paksaan.Good job kakak.
Tahun 2019 kakak akan masuk darjah 1.Jadi nanti harap dia takdelah ketinggalan sangat kut-kut kawan-kawan dia semuanya lagi terror dari dia.Mummy hanya boleh tunjuk jalan,jadi nanti kakak lah yang kena pilih sendiri untuk ikut jalan lurus atau bengkok untuk berjaya dalam hidup.InsyaAllah kakak mampu jadi yang terbaik untuk kami.
Aku decide nak bawak anak kat sini pun pasal ada kura-kura besar dan Albaqa je,,hihi...yang lain takde lah excited sangat..gituww..
Kitaorang pergi bawak 4 anak sedara.campur family aku,semuanya 9..memandangkan anak aku ada yang bawah 90cm sorang,Jadi kami beli tiket kombo 2 dewasa 2 kanak 2set,,sebab lagi 2 anak sedara dah 13 tahun keatas..Jadi ngam la kan dewasa 4,kanak-kanak4,,dan baby 1 free..Harga tiket kombo dia spesial skit tang diskaun untuk beli produk dekat zoo ni..Tapi kitaorang tak guna pun,walaupun dah bagi diskaun,harga still tak leh bla..hahaha,,lagipun awal-awal kita dah warning bebudak ni,jangan membeli disini,,datang tengok haiwan je..
Family Package (MyKad Promotion) – RM125 nett:
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
So jom kita layan gambar sepanjang kami berada di THE FARM IN CITY SERI KEMBANGAN SERDANG ni.sebenarnya tak banyak gambar sangat pun..bolehlah layan skit-skit kan..
ni sebelum menjelajah..dapat 2 beg macam dak-dak ni galas..satu kombo satu beg..dua kombo 2 beg la kan..
menunggu dengan penuh sabar
bagi kura-kura giant ni makan kangkung..kangkung diaorang bg free..
memang ni la sebab utama si abang ni nak datang kat mini zoo ni..kura-kura..huhu
mula-mula takut-takut nak sentuh
Finally, I met my long-lost friend here... hahaha.. punya la si abang ni geram dengan bulu lembut albaqa ni..terus dipeluknya..yang seko lagi kat belakang tu eksen tul,,berkipas je memanjang..haha.. kut spesis ni memang takleh panas kut..
masuk je dalam kandang kambing dan rusa ni terus kena serbu dengan diaorang..ahu-tahu je kitaorang datang bawak makanan.anak aku siap tangkap nak tunggang,,haha,,kut suka ati ko je kan abang..
tengah mengumpan nak bagi jinak,sat lagi siap la kena peluk tengkuk nak naik,,
cantiknya ciptaan tuhan,,
suami excited masa sampai kat burung merak ni terus kembangkan sayap..so apa lagi..kasi gambar satu..aku tengok pengunjung lain sibuk duk mengekor burung ni nak tunggu kembangkan ekor dia..tapi tu lah takde luck nak tengok..hihi
mendokong la kalau sape yang ada anak kecik..penat woo..
tengok orang peluk,dia pun nak peluk.bila dah peluk nak lari plak..
kakak tengah tenangkan si abang supaya tak takut
rilek je kakak peluk anak rusa yang berusia 2 bulan ni..
mendada tul ayam ni..cantik
bagi ayam makan dedak ke apa ntah kat dalam bekas kecil tu,beli rm10 sebekas..ada rumput,makanan ikan,makanan ayam camtu,carrot dan apa tah dah lupa
burung hantu yang tak berapa nak seram,yer la hari siang kan,try jumpa malam-malam,lari tak cukup tanah la ngko.
si musang,dibawak mengelilingi semua tempat kat dalam zoo ni,dan di perkenalkan nama setiap binatang kat dia..gambar dia di dukung dengan pekerja zoo ni ada dalam hp aku,tak upload lagi dalam komputer ni.nanti dah upload aku akan masukkan dalam entry ni..
burung kakak tua
sama gak burung kakak tua
k dah selesai.jom balik.mak dah penat
next entry nak share tempat yang kami lawati di kuala terengganu.insyaAllah..
No comments:
Post a Comment