Apa-apa pun cuba dulu la kan.Lama-lama baru biasa.
Ok so kali ini untuk pertama kalinya MummyZa nak kongsi pengalaman bercuti Bersama keluarga suami pada raya cina tahun 2018 baru-baru ni.Sebenarnya ni kali pertama familyday untuk keluarga sebelah suami buat.jadi untuk pertama kalinya ni,kami semua decide untuk pilih percutian guna HouseBoat kat TASIK KENYIR.Memandangkan ramai antara keluarga menetap di Terengganu so perjalanan kitaorag jadi mudah dan cepat lah kan..
Kami pergi seramai 6 keluarga.4 keluarga adik beradik suami,satu keluarga sepupu suami,dan offcoz la mak dan ayah mertua.Semua sekali dalam 25 orang..Termasuk 3 orang kanak-kanak bawah 3 tahun..
kos 2 hari 1 malam aku pun dah lupa.pasal percutian ni bulan 3,entry ni kira dah basi sebab dah bulan 12 kan,cuma boleh bagitahu dalam around rm2000 kut..mungkin plus dalam 2 3 rat je kut,,sori la dah lupa..
kami telah memilih Persona 1 House Boat
Dan ni antara kemudahan yang houseboat tu sediakan..kira macam complete la kan.kita just bawak barang yang nak dimasak sahaja.
PERSONA 1
- 6 bilik tidur
-3 bilik air
-astro
-karaoke
-sofa
-mesin basuh
-freezer
-kenu speed boat
-peralatan memasak
Jadual perjalanan pun dah macam ingat-ingat lupa gak..kihkihkih
Hari pertama
berkumpul dan dengar taklimat sikit
bertolak ke air terjun lasir
-mandi manda
-bermalam
- so antara aktiviti kitaorg sepanjang berada di air terjun lasir, main kayak,bbq,mandi di sekitar boat, karaoke dan memancing sampai pagi
hari kedua
bertolak ke kelah santuari
-letih betul perjalanan dari cek point pendaftaran ke kelah sanctuary tu..fuhh nak tercabut lutut..tapi bila nampak ikan dan main dengan ikan-ikan kat situ terus hilang penat.Tapi limit 1 group 30 minit kalau tak silap..yelah banyak group yang datangkan,kalau xde time limit,mau mati ikan-iakn kat situ..kot..haha..memandai je..
Dan houseboat ni dah sediakan dapur yang complete untuk kita main masak-masak.Jadi sepanjang perjalanan tu si ibu-ibu ni buat la gotong royong masak-masak.Aku tukang ceduk je lauk yang dah masak.sebab masa ni ada anak kecik dalam setahun,tambah plak demam.jadi tak join la yang lain masak.jadi tukang makan je..memang sepanjang berada kat bot ni,kerjanya makan je.Ada je makanan
keluar dari dapur..hihi..rajin benor yang kakak dengan adik-adik perempuan kita ni masak.
oh yer,mana yang bawak anak kecik tu,mata sentiasa la pandang diaorang.kut2 terlampau excited bebudak ni pergi main air masa boat tengah bergerak atau boat duk parking tu kan.,nanti boleh terjatuh plak.kalau ramai sangat bebudak tu,makesure kira jumlah bebudak tu sentiasa..masa aku pergi ada lebih kurang 7 orang yang bawah 9 tahun.jadi ramai la yang kena jaga-jaga budak-budak ni..risaukan…
memang boleh jamin la korang tak kan puas naik houseboat ni.kalau ada bajet lebih pergi la 3hari 2 malam..huhu
k jom kita layan beberapa gambar yang ada..,rasa banyak lagi kut tapi dah lupa simpan kat mana.banyak benor lupa kan.hahaha,,
pemilik buat taklimat sikit dan tangkap gambar.
keluarga sebelah suami
ni anak sulung aku dengan anak no 3, Nampak tak bertapa excited nyer bebudak ni boleh naik houseboat.lepas balik hari-hari ajak pergi naik houseboat lagi..hihi
sebelum bertolak
ni antara aktiviti mewarna untuk budak-budak semasa dalam perjalanan ke air terjun lasir
dah sampai ke air terjun lasir,houseboat akan parking boat disekitar air terjun,dan angkut kitaorang guna boat kecil untuk ke air terjun ni.
acah-acah romantik berkayak berdua,anak-anak suruh orang jaga,,haha,,bagi can la kan..bukan selalu.
posing je memanjang
menjadi tak..haha
dan lagi
bergambar di cek point sebelum berjalan berkilo-kilo,,haha,,penat mak berjalan sambil dukung anak
layan ikan dalam akuarium
setelah menempuh perjalanan memenatkan,akhirnya berbaloi boleh pegang ikan kelah ni..syok sangat
ni group kitaorang
ok nilah gambar-gambar yang tak berapa banyak yang ada.nanti kalau ada lagi..aku masukkan,,
No comments:
Post a Comment