Monday, January 7, 2019

RESEPI IKAN PATIN STIM YANG SEDAP MABELES...

Sebenarnya dah lama beli ikan patin ni.Tapi disebabkan faktor kesihatan yang sejak akhir-akhir ni tak mengizinkan turun ke dapur,jadi terpaksa la ikan tu terperap dengan lamanya kat peti sejuk.Asyik tapau makanan kat kedai je selama sebulan ni.
Ikan ni pun aku beli masa otw balik dari Kuala Lumpur,singgah kat temerloh cari ikan patin ni. So dah macam boring sangat makan ikan patin masak tempoyak.Kali ni berubah angin skit kita masak stim guna ikan patin ni..
Not bad lah ikan patin buat stim,rasa lemak-lemak ikan tu..makan dengan nasi panas,tambah plak ulaman,lagi la mak mertua datang tak sedor..hihi
k jom kita cek resepi nyer ok..bahan-bahan ni agak-agak lah nak letak banyak-banyak mana pun,ikut kesesuaian size ikan memasing tu k..


RESEPI IKAN PATIN STIM

Bahan hiris
- Bawang merah/holand
-Halia
-Bawang putih
-Lada besar
-Cili api
-Limau kasturi ( potong 2 )
-Lemon ( hiris tebal )

Untuk Sos
- Seketul kiub ayam
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu sos ikan / nampla
- gula sikit
- garam sikit

Cara-cara
1.Bancuh bahan untuk sos dengan secawan air panas,nak bagi larut kiub ayam tu je.
2.Hiris semua bahan hirisan tu
3.Basuh ikan hingga hilang hanyir,aku basuh dengan asam jawa.
4.Masukkan ikan dalam bekas/loyang
5.Tuang sos dan tabur bahan hirisan
6.Aku perap dalam 1 jam bagi sos tu menyerap kat ikan tu
7.Stim dalam 20-30 minit.
8.Siap dan sedia untuk di ngap



bahan hirisan 


ikan patin 

bancuhan sos dan pati kiub ayam


ni sos tiram dan sos ikan yang aku guna


digabungkan(haha)


ikan yang dah disatukan dengan bahan-bahan


alamak tak perasan tangan masuk sekali dalam gambar-choi betul..huhu..
ni ikan yang dah siap di stimkan,,



SELAMAT MENCUBA..

Thursday, December 27, 2018

THE FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN SERDANG


Cuti sekolah disember yang panjang ni kita bawak anak-anak berjalan lebih sikit kali ni.Sebenarnya nak bagi reward jugak untuk kakak yang dah pandai membaca.Selalu kalau nak bagi dia semangat untuk belajar membaca,aku akan sentiasa tunjukkan tempat-tempat menarik kat dia dan bagitahu dia,kalau kakak pandai baca nanti mummy bawak gi kat sini.So lama-lama dia jadi semangat nak pergi dan automatik dia akan semangat nak belajar dan terus belajar dengan sendirinya tanpa paksaan.Good job kakak.

Tahun 2019 kakak akan masuk darjah 1.Jadi nanti harap dia takdelah ketinggalan sangat kut-kut kawan-kawan dia semuanya lagi terror dari dia.Mummy hanya boleh tunjuk jalan,jadi nanti kakak lah yang kena pilih sendiri untuk ikut jalan lurus atau bengkok untuk berjaya dalam hidup.InsyaAllah kakak mampu jadi yang terbaik untuk kami.


Aku decide nak bawak anak kat sini pun pasal ada kura-kura besar dan Albaqa je,,hihi...yang lain takde lah excited sangat..gituww..


Kitaorang pergi bawak 4 anak sedara.campur family aku,semuanya 9..memandangkan anak aku ada yang bawah 90cm sorang,Jadi kami beli tiket kombo 2 dewasa 2 kanak 2set,,sebab lagi 2 anak sedara dah 13 tahun keatas..Jadi ngam la kan dewasa 4,kanak-kanak4,,dan baby 1 free..Harga tiket kombo dia spesial skit tang diskaun untuk beli produk dekat zoo ni..Tapi kitaorang tak guna pun,walaupun dah bagi diskaun,harga still tak leh bla..hahaha,,lagipun awal-awal kita dah warning bebudak ni,jangan membeli disini,,datang tengok haiwan je..


Family Package (MyKad Promotion) – RM125 nett: 

– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals

– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop


So jom kita layan gambar sepanjang kami berada di THE FARM IN CITY SERI KEMBANGAN SERDANG ni.sebenarnya tak banyak gambar sangat pun..bolehlah layan skit-skit kan..


ni sebelum menjelajah..dapat 2 beg macam dak-dak ni galas..satu kombo satu beg..dua kombo 2 beg la kan..

menunggu dengan penuh sabar

bagi kura-kura giant ni makan kangkung..kangkung diaorang bg free..

memang ni la sebab utama si abang ni nak datang kat mini zoo ni..kura-kura..huhu

mula-mula takut-takut nak sentuh

Finally, I met my long-lost friend here... hahaha.. punya la si abang ni geram dengan bulu lembut albaqa ni..terus dipeluknya..yang seko lagi kat belakang tu eksen tul,,berkipas je memanjang..haha.. kut spesis ni memang takleh panas kut..


masuk je dalam kandang kambing dan rusa ni terus kena serbu dengan diaorang..ahu-tahu je kitaorang datang bawak makanan.anak aku siap tangkap nak tunggang,,haha,,kut suka ati ko je kan abang..

tengah mengumpan nak bagi jinak,sat lagi siap la kena peluk tengkuk nak naik,,

cantiknya ciptaan tuhan,,



suami excited masa sampai kat burung merak ni terus kembangkan sayap..so apa lagi..kasi gambar satu..aku tengok pengunjung lain sibuk duk mengekor burung ni nak tunggu kembangkan ekor dia..tapi tu lah takde luck nak tengok..hihi


mendokong la kalau sape yang ada anak kecik..penat woo..

tengok orang peluk,dia pun nak peluk.bila dah peluk nak lari plak..

kakak tengah tenangkan si abang supaya tak takut


rilek je kakak peluk anak rusa yang berusia 2 bulan ni..

mendada tul ayam ni..cantik


bagi ayam makan dedak ke apa ntah kat dalam bekas kecil tu,beli rm10 sebekas..ada rumput,makanan ikan,makanan ayam camtu,carrot dan apa tah dah lupa

burung hantu yang tak berapa nak seram,yer la hari siang kan,try jumpa malam-malam,lari tak cukup tanah la ngko.

si musang,dibawak mengelilingi semua tempat kat dalam zoo ni,dan di perkenalkan nama setiap binatang kat dia..gambar dia di dukung dengan pekerja zoo ni ada dalam hp aku,tak upload lagi dalam komputer ni.nanti dah upload aku akan masukkan dalam entry ni..


burung kakak tua

sama gak burung kakak tua

k dah selesai.jom balik.mak dah penat

next entry nak share tempat yang kami lawati di kuala terengganu.insyaAllah..










pengalaman bercuti di tasik kenyir dengan House Boat 2 hari 1 malam

Assalamualaikum.. berdebar pulak rasanya baru pertama kali nak berjinak-jinak jadi blogger ni..hihi..
Apa-apa pun cuba dulu la kan.Lama-lama baru biasa.

Ok so kali ini untuk pertama kalinya MummyZa nak kongsi pengalaman bercuti Bersama keluarga suami pada raya cina tahun 2018 baru-baru ni.Sebenarnya ni kali pertama familyday untuk keluarga sebelah suami buat.jadi untuk pertama kalinya ni,kami semua decide untuk pilih percutian guna HouseBoat kat TASIK KENYIR.Memandangkan ramai antara keluarga menetap di Terengganu so perjalanan kitaorag jadi mudah dan cepat lah kan..

Kami pergi seramai 6 keluarga.4 keluarga adik beradik suami,satu keluarga sepupu suami,dan offcoz la mak dan ayah mertua.Semua sekali dalam 25 orang..Termasuk 3 orang kanak-kanak bawah 3 tahun..

kos 2 hari 1 malam aku pun dah lupa.pasal percutian ni bulan 3,entry ni kira dah basi sebab dah bulan 12 kan,cuma boleh bagitahu dalam around rm2000 kut..mungkin plus dalam 2 3 rat je kut,,sori la dah lupa..

kami telah memilih Persona 1 House Boat

Dan ni antara kemudahan yang houseboat tu sediakan..kira macam complete la kan.kita just bawak barang yang nak dimasak sahaja.


PERSONA 1
- 6 bilik tidur
-3 bilik air
-astro
-karaoke
-sofa
-mesin basuh
-freezer
-kenu speed boat
-peralatan memasak



Jadual perjalanan pun dah macam ingat-ingat lupa gak..kihkihkih

Hari pertama
berkumpul dan dengar taklimat sikit
bertolak ke air terjun lasir
-mandi manda
-bermalam
- so antara aktiviti kitaorg sepanjang berada di air terjun lasir, main kayak,bbq,mandi di sekitar boat, karaoke dan memancing sampai pagi

hari kedua
bertolak ke kelah santuari
-letih betul perjalanan dari cek point pendaftaran ke kelah sanctuary tu..fuhh nak tercabut lutut..tapi bila nampak ikan dan main dengan ikan-ikan kat situ terus hilang penat.Tapi limit 1 group 30 minit kalau tak silap..yelah banyak group yang datangkan,kalau xde time limit,mau mati ikan-iakn kat situ..kot..haha..memandai je..

Dan houseboat ni dah sediakan dapur yang complete untuk kita main masak-masak.Jadi sepanjang perjalanan tu si ibu-ibu ni buat la gotong royong masak-masak.Aku tukang ceduk je lauk yang dah masak.sebab masa ni ada anak kecik dalam setahun,tambah plak demam.jadi tak join la yang lain masak.jadi tukang makan je..memang sepanjang berada kat bot ni,kerjanya makan je.Ada je makanan
keluar dari dapur..hihi..rajin benor yang kakak dengan adik-adik perempuan kita ni masak.


oh yer,mana yang bawak anak kecik tu,mata sentiasa la pandang diaorang.kut2 terlampau excited bebudak ni pergi main air masa boat tengah bergerak atau boat duk parking tu kan.,nanti boleh terjatuh plak.kalau ramai sangat bebudak tu,makesure kira jumlah bebudak tu  sentiasa..masa aku pergi ada lebih kurang 7 orang yang bawah 9 tahun.jadi ramai la yang kena jaga-jaga budak-budak ni..risaukan…

memang boleh jamin la korang tak kan puas naik houseboat ni.kalau ada bajet lebih pergi la 3hari 2 malam..huhu

k jom kita layan beberapa gambar yang ada..,rasa banyak lagi kut tapi dah lupa simpan kat mana.banyak benor lupa kan.hahaha,,


pemilik buat taklimat sikit dan tangkap gambar.



keluarga sebelah suami


ni anak sulung aku dengan anak no 3, Nampak tak bertapa excited nyer bebudak ni boleh naik houseboat.lepas balik hari-hari ajak pergi naik houseboat lagi..hihi

sebelum bertolak

ni antara aktiviti mewarna untuk budak-budak semasa dalam perjalanan ke air terjun lasir

dah sampai ke air terjun lasir,houseboat akan parking boat disekitar air  terjun,dan angkut kitaorang guna boat kecil untuk ke air terjun ni.
acah-acah romantik berkayak berdua,anak-anak suruh orang jaga,,haha,,bagi can la kan..bukan selalu.

posing je memanjang

menjadi tak..haha

dan lagi

bergambar di cek point sebelum berjalan berkilo-kilo,,haha,,penat mak berjalan sambil dukung anak

layan ikan dalam akuarium

setelah menempuh perjalanan memenatkan,akhirnya berbaloi boleh pegang ikan kelah ni..syok sangat

ni group kitaorang


ok nilah gambar-gambar yang tak berapa banyak yang ada.nanti kalau ada lagi..aku masukkan,,